Space Mgmt



SPACE MANAGEMENT 
"MAXIMISE USE OF EXISTING SPACE 
AND 
MINIMISE DEMAND FOR NEW SPACE."


BUKU AMALAN BAIK PENGURUSAN RUANG INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM 
DITERBITKAN OLEH : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 2013

(BEST PRACTICE OF SPACE MANAGEMENT FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS)
PUBLISHED BY : MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA, 2013





   


THERE ARE FIVE PARAMETERS TO BE CONSIDERED IN SPACE MANAGEMENT








BEST PRACTICE OF SPACE MANAGEMENT UNIT 




MAXIMISE USED OF EXISTING SPACE



MAXIMISE USED OF EXISTING SPACE




SISTEM KOD ASET TAK ALIH (PERNOMBORAN RUANG BANGUNAN)

                                                                         - Sumber : Jabatan Kerja Raya (JKR). - 


DEFINISI PENGURUSAN RUANG

Ruang adalah suatu kawasan permukaan dimensi atau sesebuah kawasan yang diwujudkan bagi tujuan tertentu. Secara fizikalnya ruang boleh berbentuk terbuka atau tertutup sama ada terletak di dalam atau di luar bangunan.

Pengurusan ruang adalah satu proses kerjasama kemahiran seni dan sains di dalam memaksimumkan nilai, fungsi dan kebolehgunaan ruang optimum bagi menghasilkan keperluan untuk ruang tambahan yang minimum.

Pengurusan ruang merupakan aspek terpenting dalam pengurusan sumber fizikal IPT. Pengurusan ruang dianggap penting bukan sahaja dari segi pengoptimuman tetapi juga berkaitan dengan kos operasi penyenggaraan. Maka implikasi kos berkaitan dengan sumber fizikal kepada IPT adalah besar.

Oleh itu, fizikal ruang perlu diuruskan secara efisien bagi membantu kerajaan dalam pengurusan perbelanjaan yang optimum serta efektif agar dapat membantu pelaksanaan dan pencapaian matlamat
penubuhan universiti. 

Pengurusan ruang juga hendaklah selaras dengan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan. Selaras dengan pengenalan Dasar Pengurusan Aset Kerajaan, KPM mengambil langkah proaktif dalam mengkaji dan mencadangkan pewujudan amalan baik pengurusan ruang IPT sebagai garis panduan pengurusan ruang IPT di Malaysia.


OBJEKTIF DAN KEPERLUAN

Berikut adalah objektif pengurusan ruang di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) :

1. Membantu IPT untuk mengenal pasti faedah daripada pengurusan ruang yang efektif bagi bangunan sedia ada dan bangunan baharu yang berkualiti, sesuai penggunaannya dan bersifat lestari;

2. Perbincangan dan cadangan tentang kesan pengurusan ruang kepada pelan strategik dan jangkaan perubahan dalam sistem penyampaian P&P;

3. Menyumbang terhadap penghasilan kualiti persekitaran, penyelidikan dan aktiviti sampingan lain;

4. Mengenal pasti kaedah pengukuran/penilaian ruang P&P yang sesuai digunakan bagi IPT; dan

5. Mengenal pasti kaedah pengurusan ruang yang sistematik dan berkesan termasuk tanggungjawab pihak pengurusan dan bidang tugas yang perlu dilaksanakan

ANTARA FAKTOR PUNCA KEPERLUAN PENGURUSAN RUANG :

1. Sumber fizikal infrastruktur yang terhad;
2. Kos pembinaan dan penyenggaraan yang tinggi;
3. Komponen penting dalam perancangan kampus;
4. Keperluan perancangan strategik IPT;
5. Meminimumkan kos penyediaan ruang tambahan; dan
6. Pengurusan ruang IPT adalah lebih kritikal berbanding institusi lain.

Sumber : Buku Amalan Baik Pengurusan Ruang IPTA, Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.

No comments:

Post a Comment