Philosophy in Research

Ramai novice researcher yang aku tanya....Apa pentingnya Falsafah (philosophy) dalam bidang kajian? Ada segolongan yang bagi jawapan, falsafah tidak penting dalam kajian PhD, dan ada jugak sebahagian yang nyatakan Falsafah adalah tulang belakang kajian PhD. Pada aku Falsafah sememangnya penting dalam kajian PhD. Kalu nama pun dah Philosophy Dr (Dr Falsafah) dah tentu falsafah penting dalam kajian PhD. Kalu tak lebih baik tukar jadi Dr Statistik / Dr Kajian / Dr SEM / Dr SPSS/ Dr Case Study ataupun apa2 nama yang difikirkan sesuai... 

ONTOLOGY concerns the issues of what exist, or the fundamental nature of reality. When we do a study, we are making assumptions about what we will study and its place in this world. (Neuman, 2011)

Dua konsep asas ONTOLOGY adalah "Realist" dan "Nominalist". Realist melihat dunia sepertimana ianya wujud. Apa yg kamu lihat itulah yang kamu dapat. Nominalist pula melihat dunia tidak sepertimana ianya wujud. Apa yg kamu lihat tidak semestinya apa yang kamu dapat. 

Sebagai contoh yang mudah untuk difahami, bagaimana seseorang Realist melhat permaidani yang terhampar diatas lantai sebagai hamparan yang menutup lantai dan boleh berjalan diatasnya. Manakala Nominalist melihat permaidani yang menutup lantai, dan bertanya apa bendanya ni? dibuat daripada apa? macamana nak digunakan? Bolehkah digunakan sebagai hamparan tidur? Apa yang nominalist lihat adalah meletakkan satu pandangan subjektif keatas suatu perkara. 

Sekiranya kita mengambil pendekatan Realist, kita boleh keluarkan ilmu baru (new knowledge) dan belajar berkenaan realiti dengan melakukan pengamatan yang teliti (careful observations). Sebaliknya jika kita mengambil pendekatan Nominalist, pengamatan yang teliti (careful observations) belum cukup untuk keluarkan ilmu baru (new knowledge) kerana interpretasi dan pandangan subjektif amat mempengaruhi setiap pengamatan.   

No comments:

Post a Comment